Sabtu, 4 Disember 2010

MamPukah KIta????

hurmmmm.... pe nak wat nie yek.... haaa.....pd entry kail nie terasa nak becerita sal sebuah kluarga....


ada sebuah keluarga sederhana yg pd pandangan orang lain, keluarga nie harmoni, beragama, bahagia dan sewaktu dengannya.... org yang mengenali keluarga nie sangat hormatkn keluarga nie.. kemungkinan ayah dan ibu nye berasal dari kampung 2 dan berkerja d c 2... ayah nya seorang guru.... ibunya hanya suri rumah dan berkerja sendiri.. anak2nya semua dah besar... sorang nie dh keje... n 2 org lg msh blajar....

ank yg sulung dlm kuarga nie ssh nk dengar kata... suka wat hal sendiri.. susah nk trima nasihat.. dan yg plg penting suke cakap besar dan agak bersosial... bkn maksud ku bersosial 2 sperti ikut kumpulan2 yg x bertamadun... perangainya sama seperti ayahnya....
walupun pada dasarnya ayah seorang yg baik, pemurah dan sebagainya... akan tetapi, kadang kala si ayah selalu melebihkan kawan2 cikgu permpuan.. sehingga menyebabkan si ibu terasa hati.... apabila di tegur, mereka akan bergaduh, bermasam muka... si ayah serin mengelak untuk memberi duit belanja kepada ibu.. alasanya, ibu mempunyai duit sendiri hasil daripada berkerja sendiri... haikkatnya, si ayah tidak menunaikan nafkah zahir pada ibu...

ibu selalu mengadu kepada anak nya yg no2... memberitahu pekara2 yg merungsingkn kepala, pekara yang melibatkan ayah sehingga anak tersebut berasa tertekan dengan keadaan keluarganya... kadang kala, apabila mereka bergaduh, si anak berasa serbasalah... duduk dimeje makan bagaikan terlalu lama walaupun sekejap, berada di dalam kereta merasakan seperti kereta tersebut tidak bergerak walaupun meter beradda di angaka 100km/j... semua ini berlaku gara2 ibu dan ayah x bertegur...
mereka mempunyai seorang anak lelaki yg masih bersekolah.... sekolah di sekolah berasrama penuh.. die dtakdirkan untuk menjadi salah seorang pemimpin badan dakwah sekolah tersebut... anak ini berasa kecewa apabila ayah, ibu dan akak nya tidak dapat menyempurnakan tuntutan sebagai seorang musilim sejati... dalam diam2 si anak lelaki ini menegur akk nya dengan kiasan, tetapi, akk nya tidak mendahkannya.. bagai mencuran air di daun keladi... menasihati ayahnya, sedikit kesedaran timbul dalam diri ayah.... blia x di ingatkan, kembali semula di tampuk yang lama..

sukar sungguh untuk mengingatkan seseorang yang lebih dewasa daripada kita.... bila di tegur di katanya kita x layak nk menasihati mereka kerana tidak pernah mengalami pekara2 yg mereka pernah alami.... pernahkah ada pepatah yg mengatakan bahawa orang muda tidak layak menasihati org tua?????? seandainya keluarga nin merupakan keluarga kita, apakah mampu untuk kita laksanakan apa yg si anak lelaki lakukan?????


Isnin, 22 November 2010

seperTI UDAra..




SAhabat,RAKan, TEman, KAWAN.....
berlainan perkataan, sebutan, dan MAKNA......

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
artikel ini drpd : www.iluvislam.com

Selasa, 5 Oktober 2010

di saat aku DITALKINKAN...

Assalamualaikum waRahmatullahi wabarakatuh...

Semoga kita insaf dan menjadi pengajaran buat bersama. InsyaAllah...


Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sngguh....nafasku sesak...

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........." ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu....manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor? "Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!.... Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu..... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......". bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........". tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah....... kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? " Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.....Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami". cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......". Aku tersentak... Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya, hanyirnya,hancingnya......!!!".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!!! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini??? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini? "Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!!! "Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya??? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ...... aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!!! Tolong!!!! Tolong ayah, ibu!!!!.... Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!.... Xnak...Ibu...Ayah....!!!!....

****"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."......

................................

hampir 3 minggu ak sambung tugas ak as student kolej..... sem nie sem yg terakhir yg ak lalui... tapi.. hanya DIA je yg mengetahui... final year project... pemilihan tajok n supervisor ikot ske n citerase msing2.... ak dh agak bnde nie akn blaku.... ak bukan student pilihan supervisor ak.. mcm2 yg ak kne... mcm2 yg die kate kat ak... sakit sunguh rsenye bile kne ngan die... ak x sehebat student yg die syang... walaupun kate2 die lembut je, tp ttap menusuk kalbu.. sakit wow.... bkn smue rase pe yg ak rse... bkn smue tau pe yg ak tau... kdg2 rse cm nk giveup je..... tp ble pk mak+abh yg bnyk dh kuarkan duit tok ak wlupn ak nie ade tajaan.....  seandainye masih lg ada ruang dan peluang untuk ak teruskan pe yg ak wat skrang nie, tabahkan la hatiku, kuatkan semangat ku, teguhkan pendirian ku.... ak tau ak madih ade DIA tok membantu ku....

Sabtu, 2 Oktober 2010

FOR the REst OF mY life -maher zain..

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you…loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
 

Jumaat, 3 September 2010

CEriTA HATI.....

HATI INDAH


Pernah dengar sebuah kisah tentang hati yang indah? Kisah ni simple, tapi ade maknenye. Kisahnye begini…

Tersebutlah kisah, pada suatu hari, seorang pemuda berdiri di tengah kota dan dan menyatakan bahwa dialah pemilik hati yang terindah yang ada di kota itu. Ramai orang kemudian berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar, hati pemuda itu memang benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau goresan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.

Tiba-tiba, seorang lelaki tua keluar dari kerumunan, tampil ke depan dan berkata,

“Mengapa hatimu masih belum seindah hatiku?”

Semua orang dan pemuda itu melihat pada hati pak tua itu. Hati pak tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ. Namun tidak benar-benar tepat pada posisi asalnya dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata.


Bahkan, ada bagian-bagian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali. Semua orang termasuk pemuda tadi itu tercengang dan hairan, bagaimana mungkin pak tua itu mengatakan bahawa hatinya lebih indah?

Pemuda itu melihat kepada pak tua itu, memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa.

“Anda pasti bergurau, pak tua,” katanya.

“Bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan carikan,” katanya lagi.

“Ya,” kata pak tua itu. Sambungnya lagi,

“Hatimu kelihatan sangat sempurna meskipun begitu aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku menyobek sebagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan sesobek hati mereka untuk menutup kembali sobekan yang kuberikan. Namun karena setiap sobekan itu tidaklah sama, ada bagian-bagian yang kasar, yang sangat aku hargai, kerana itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami berikan.

Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas dengan memberikan potongan hatinya. Hal itulah yang meninggalkan lubang-lubang sobekan – memberikan cinta kasih adalah suatu kesempatan. Meskipun bekas cabikan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, hal itu mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu.

Sekarang, tahukah engkau keindahan hati yang sesungguhnya itu?” soal pak tua itu.

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah pak tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, dan merobeknya sepotong. Pemuda itu memberikan robekan hatinya kepada pak tua dengan tangan-tangan yang gemetar.

Pak tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sesobek dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Sobekan itu diisi, tetapi tidak sempurna, kerana ada sisi-sisi yang tidak sama rata.

Pemuda itu melihat kedalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, kerana cinta kasih dari pak tua itu telah mengalir ke dalamnya.

Sabtu, 28 Ogos 2010

kADang- KAdaNG

Kadang2 kita tak sedar.. Orang yang kita tak pedulikan, sayang sangat pada kita..



Kadang2 kita tak sedar.. Kita terlampau sayang pada seseorang, sedangkan dia selalu sakitkan hati kita..



Dan siapalah kita untuk buat orang menyayangi kita sebagaimana kita sayangkan dia. .



Sebab kita cuma manusia biasa yang hanya mampu membuat satu mimpi indah yang kadangkala mungkin atau sukar menjadi kenyataan..

Isnin, 16 Ogos 2010

Apa SEbenARNYA..????

selasa... 16 oogos 2010 bersamaan 8ramadan 1431 hijirah...
pagi2 lagi aku dah bangun... pas sahur dan kemas rumah, aku tido balik... bile anak yang mak ak jaga 2 datang, aku terus bangun.. aku turun lat laman umah, kemas punya kemas, tibe2 mak aku suh aku bersihkan bawah pokok bendi sebbab mn ak nak ubuh baja.. tengah2 aku bersihkan rumput yang menjalar 2 tibe2 aku dengar bunyi cam bunyi anak kucing, so aku yang perihatin nie pegi la tengok.. ble ak tengok kat dalam longkang tempat mak ak tamam bendi 2 (pokok bendi 2 kat tepi longkang taw, bukan dalam longkang) ak nampak seko anak kucing seolah2 tesepit kat celah2 semak dalam longkang 2.. pas 2 aku biarkn la kejap sebab mak ak suh bersihkan cepat2 pokok bendi 2... mase aku bersihkan cepat2 pokok 2, aku dah x dengar lg buni anak kucing tu.. ble siap je aku terus amik cangkul nak angkat anak kucing tu... aku takot nak turun dalam longkang tu, takot ade "cik ssss...." heheh.... ble aku dah tarik2 semak dalam longkang 2 aku jd pelik sebab akan kucing 2 dah x de...aku dah kuis2 gak kat tmpat yang ak jmpe anak kucing 2... tp mmg xde...hurm..... ble ak cite kat mk aku, die kata mby bende lain kot... bende lain??? APA SEBENARNYA 2????????

Jumaat, 13 Ogos 2010

mutiara kata

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

Selasa, 10 Ogos 2010

seindah bahasa...

kehidupan.....
sesuatu yang telah di takdirkan oleh pencipta-NYA..
kadang kala dilambung ombak, kadang kala dilanda badai....
kadang kala berada di atas, kadang kala berada dibawah...
siapa kita hari ini  menentukan siapa, dimana dan bagaimana kita hari kemudian...
bagaimana kita berpnuca daripada sebentuk darah yang dipanggil HATI..
jika hitam HATI kita, maka gelap la kehidupan kita..
tetapi....
jika bersih HATI itu, maka kehidupan kita bakal disinari dengan mentari yang indah...


**salam pertemuan....